Selepas PRU-14 Kerajaan Kuat Dan Stabil Mungkin Bakal Tinggal Kenangan – Shabery

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat politik kini, semakin menjadi permainan segelintir mereka di atas dan tikam – menikam seolah-olah perkara biasa samaada depan atau belakang.

Malah katanya tidak menepati janji itu biasa dan menepati janji pula luar biasa selain janji kepada kepada rakyat, juga janji kepada rakan-rakan mereka sendiri.

“18 Mei 2020, Pengerusi parti akan mengusulkan kepada Presiden partinya di Dewan Rakyat. Sekiranya usul undi tak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu akan menjadi Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah.

“Besar kemungkinan Dewan Rakyat bubar dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat. (Demi demokrasi, soal Covid terpaksa diketepikan),” katanya menerusi catatan di facebook.

Shabery seterusnya menambah di beberapa negara dunia, termasuk Korea Selatan dan Jepun, perubahan politik yang terlalu kerap menyebabkan rakyat bosan dengan politik.

Ujarnya kebanyakan rakyat tidak hiraukan lagi siapa jadi Presiden atau Perdana Menteri malah brselisih bahu dengan menteri-menterinya pun ramai yang tidak mengenali apatah lagi Ahli-Ahli Parlimennya.

“Yang menguasai negara ialah penjawat awamnya dan badan koporat. Orang lebih kenal Presiden Samsung, Hyundai, Toyota atau Honda. Jenama inilah yang boleh menentukan KDNK negara dan peluang pekerjaan rakyatnya.

“Malangnya kita tidak ada banyak jenama sebesar itu melainkan Petronas. Selepas PRU ke 14, kerajaan kuat dan stabil mungkin akan jadi kenangan buat selama-lamanya. Pelabur lari dan wang yang ada pun akan mencari tempat lain yang lebih selamat. Tak semestinya mereka tadi salah. Kan demokrasi itu ialah pilihan rakyat,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.