Dua Peristiwa Bulan Mei Penuh Nostalgia Buat UMNO, Mari Kita Rapatkan Saf – Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Dua peristiwa pada bulan Mei merupakan hakikat yang mempunyai nostalgia tersendiri dan cukup penting buat UMNO yang mana 9 Mei merupakan detik parti berkenaan hilang kuasa dan 11 Mei pula UMNO meraikan tarikh penubuhannya.

Bagi seorang ahli parti di akar umbi, Gulam Muszaffar berpandangan selepas hampir dua tahun UMNO berada dilandasan pembangkang, ahli UMNO pasti mengimbau kedua-dua peristiwa atau sejarah ini dimana satu sedih dan lagi satunya gembira.

“Alhamdullilah, kini UMNO sebahagian daripada kerajaan, tak kisahlah atas apa nama pun samaada PN, BN atau MN yg penting “kuasa” yang digamit dalam usaha menguatkan parti dan seterusnya peranannya untuk kembali kuat memperjuangkan agenda penubuhannya demi kepentingan rakyat keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online menerusi kenyataannya di sini, hari ini.

Sebagai ahli akar umbi, tambahnya beliau mengharapkan agar UMNO tidak lari dari fokus utamanya, berubah demi kehendak rakyat, tinggalkan bibit-bibit ketidakpuashatian, rapatkan saf kepimpinan dan cipta dimensi baru atau ‘wow’ faktor.

Tambahnya lagi perlu diingat UMNO kuat kerana displin, ahli, struktur, etikanya dan bukan disebabkan hanya seseorang individu dan kerana itulah ia dapat bertahun selama 74 tahun walaupun pelbagai usaha melenyapkannya.

“Akhir kata, mari kita berpegang teguh kepada cogankata keramat parti “Bersatu-Bersetia-Berkhidmat” agar UMNO sentiasa dilihat sebagai parti Melayu yang sentiasa melindungi kepentingan Melayu dan Islam serta seluruhnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.