Apa Maksud ‘Kami Tidak Iktiraf Kerajaan Hari Ini’? – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan yang dipetik berkata: “Kami tidak mengiktiraf Kerajaan hari ini”.

Berikut ialah kenyataan Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO menerusi laman Facebooknya hari ini:

Soal tuduh Kerajaan pintu belakang kita dah dengar. Tapi kali pertama mereka sebut “tidak iktiraf” secara keras dan jelas.

Nak tanya satu sahaja.

Bila keluar kenyataan sebegini, ada atau tidak kesedaran:
– yang pilih Perdana Menteri,
– yang selesaikan krisis akibat peletakan jawatan PM7 tempoh hari,
– yang temuduga setiap ahli Parlimen,
– yang memelihara keluhuran Perlembagaan,
– yang selama seminggu setiap hari menggunakan kebijaksanaan sebelum membuat keputusan,

… siapa?

Jadi, kalau bukan sekadar tidak setuju keputusan, tetapi apabila sudah sehingga sebut tidak iktiraf Kerajaan hari ini, sebenarnya tidak iktiraf apa? – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.