UMNO Rakam Takziah Pemergian Datuk Ismail Kamus

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus yang telah kembali ke Rahmahtullah malam tadi.

“Saya, ahli keluarga serta warga UMNO turut terkesan atas berita sedih ini.

“Bersamalah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang orang yang dimuliakanNya. AL-FATIHAH..,” katanya dalam hantaran Facenook, hari ini.

Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.