UMNO Rakam Takziah, ADUN Chini Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Datuk Seri Abu Bakar Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang telah kembali ke Rahmahtullah awal pagi tadi.

Allahyarham Abu Bakar disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat sakit jantung.

Semasa hayatnya beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, di antara tahun 2013 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham Abu Bakar selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi N23 DUN Chini yang disandangnya dalam saingan tiga penjuru.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.