Hari Bomba Sedunia 2020 : BN Dan UMNO Sanjung Pengorbanan Anda – Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pelbagai kata – kata semangat serta ungkapan lain yang menggambarkan penghargaan kepada anggota barisan depan negara memenuhi media sosial hari ini yang merupakan Hari Bomba sedunia.

Rata-rata warganet termasuklah pimpinan parti politik tidak terkecuali mengucapkan Selamat Memyambut Hari Bomba Sedunia kepada seluruh warga berkenaan.

Begitu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan lain yang turut mengucapkan tahniah kepada anggota Bomba dan Penyelamat dalam melaksanakan tugas yang cukup murni untuk rakyat serta negara.

“Tahniah. BN dan UMNO menyanjungi dan menghormati tugas serta pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Mereka bertugas sepanjang masa dan sanggup menggadaikan nyawa demi rakyat.

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia Kepada Seluruh Anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia,” katanya memerusi catatan di facebook.

Sementara itu Naib Peesiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut memberikan kata-kata semangat kepada anggota Bomba dan Penyelamat menerusi laman facebooknya.

“Kalian Tonggak Penyelamat Negara! Warga bomba ibarat air, sentiasa diperlukan semua. Terima kasih atas khidmat bakti, pengorbanan kalian tiada galang ganti. Selamat Menyambut Hari Bomba Sedunia,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh.: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.