Zahid Lahir Rasa Sedih, Simpati Anggota Polis Maut Dilanggar Ketika Bertugas

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan salam takziah kepada anggota keluarga Koperal Safwan Mohamad Ismail yang telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah Toyota Hillux awal pagi ini.

Katanya, beliau menjalankan tugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Kajang.

“Kita berasa amat sedih dan simpati. Sesungguhnya, pengorbanan yang tinggi daripada arwah dan semua anggota polis di seluruh negara amatlah saya hargai.

“Mari kita seluruh rakyat Malaysia ucapkan terima kasih atas pengorbanan tinggi mereka berada di barisan hadapan dalam mendepani COVID-19 ini,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Al fatihah buat arwah Koperal Safwan Mohamad Ismail, ujarnya – UMNO ONLINE