Kerajaan Pahang Perlu Memperhalusi Langkah-langkah PKPB – Wan Rosdy

KUANTAN, 3 Mei – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyokong pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020.

Jelas beliau,bagaimanapun, Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

“Ini akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei 2020.

“Sepertimana semua maklum, negeri Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu. Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.