Terima Kasih Mendengar, Kerajaan Perlu Tegas Dalam Soal Keprihatinan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada kerajaan yang dianggap mendengar keluhan rakyat berhubung skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

“Kerajaan perlu tegas dalam soal keprihatinan rakyat. Terima kasih kerana mendengar. Semoga ada kebaikan dan manfaat untuk semua,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi Facebook beliau hari ini sebagai maklum balas terhadap pengumuman Menteri Kewangan.

Terdahulu dilaporkan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, hari ini menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut.

Sehubungan itu, beliau dipetik berkata Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.

Kenyataan beliau itu dibuat berikutan timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium yang dilihat antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.

Dalam muat naik berlainan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat untuk mencegah kluster ‘shopping’ raya dengan memilih ‘shopping online’ dan tidak bersesak di pusat membeli belah. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.