COVID-19: Bangunan UMNO Dilimpahi Lampu Biru, Simbol Sokongan Kepada Barisan Hadapan Negara

KUALA LUMPUR, 30 April – Limpahan pencahayaan biru di bangunan Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (KLWTC), di sini malam ini sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan memerangi wabak COVID-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran di Facebook berkata, ia sebagai simbol penghargaaan daripada seluruh warga parti kepada semua pihak yang terbabit.

“Kepimpinan dan warga UMNO di seluruh negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19 pada masa ini,” ujarnya.

Program yang dikenali sebagai ‘Light It Blue’ atau Limpahan Lampu Biru adalah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus berkhidmat untuk rakyat Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Ia bermula 30 April sehingga 3 Mei ini dari 10.30 malam hingga 1.00 pagi.

Pelaksanaan program ‘Light It Blue’ ini melibatkan bangunan-bangunan
ikonik dan jalan-jalan protokol di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Manakala pemilihan warna biru adalah kerana merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.