Jika PN Disabotaj Di Johor Bukan BN Dan UMNO Yang Kena Tempias, Sebaliknya Pembangkang – Hairi

KUALA LUMPUR, 29 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor sekali lagi ingin menegaskan sabotaj tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada Barisan Nasional (BN) di Johor.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menjelaskan sebaliknya perbuatan sedemikian hanya akan merugikan pembangkang di negeri Johor termasuklah pihak yang mensabotaj.

Jelas beliau, yang paling terkesan pastinya rakyat di negeri  Johor, dan sabotajlah jika ada pihak mahu berbuat demikian kerana akhirnya keputusan akan ditentukan oleh rakyat di negeri Johor sendiri.

“Saya juga yakin, tiada mana-mana pihak dalam Perikatan Nasional (PN) cuba mensabotaj kerajaan sedia ada, kerana mereka juga muak dengan sikap rakus pemimpin-pimimpin dari Dap dan Amanah.

“Suka saya mengingatkan  Azam Mektar, bekas setiausaha Pemuda PH Johor, teruskan mainan politik menghasut rakyat, saya percaya rakyat sudah jemu dengan propaganda yang dimainkan oleh anda dan rakan-rakan dalam PH yang masih kecewa bila kehilangan jawatan yang runtuh dicipta sendiri oleh kompenan PH dahulu.

“BN, UMNO mahupun Muafakat Nasional (MN) di Johor langsung tidak rugi dan terkesan sebaliknya yang akan terus menerima ‘perit’ adalah rakyat. Sudah dimaklumkan dengan jelas bahawa, hubungan UMNO dengan PN hanya untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan oleh kelompok tertentu dalam PH,” katanya menerusi catatan di facebook.

Tambah beliau lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Johor yakin dan percaya, rata-rata rakyat akan memilih kembali pemerintahan terdahulu yang dilemparkan pelbagai fitnah oleh PH untuk memerintah negara.

“Adakah BN atau UMNO yang menyebabkan kerajaan PH di Johor hilang majoriti dan tergantung?

“Akibat keputusan itu, siapa yang menerima kesan ‘perit’ daripada perbalahan dalam kalangan pimpinan PH sendiri yang rakus merebut jawatan sehingga menyebabkan PH tumbang?,” soalnya.

Tentunya jelas beliau seluruh rakyat di negara ini termasuk rakyat di negeri Johor yang menerima kesannya dan sewaktu PH memerintah Johor, PH adalah kerajaan paling pendek dan singkat.

“Apabila PH memerintah, yang ‘perit’ adalah rakyat, yang terkesan adalah rakyat… PH tumbang bukan disebabkan pihak lain tetapi oleh kerakusan merebut jawatan oleh beberapa orang pimpinan PH sendiri khususnya dikalangan parti Dap, Pkr  dan Amanah.

“Kerjasama dalam PN adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan baharu dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH. Rakyat termasuk di Johor pastinya sudah boleh menilai pemerintahan 60 tahun BN dan pemerintahan 22 bulan PH yang amat jauh bezanya.

“Pemuda UMNO  Johor ingin menasihat kepada seluruh kepimpinan wakil rakyat PN mahupun ahli-ahli parti, perkukuhkan soladariti sebagai blok kerajaan, elakan segala kerakusan jawatan dan kedudukkan yang berbaki tidak lama lagi menjelang PRU-15”, ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.