Jangan Cepat Rasa “Tidak Apa”, Mahu Kembali Normal… Terus Patuhi PKP – Annuar

KUALA LUMPUR, 26 April – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata penularan semula wabak COVID-19 di China harus dijadikan pengajaran buat semua.

“Ini harus memperingatkan Malaysia agar jangan cepat merasa “tidak apa” dan mula kembali kepada normal.

“Terus patuhi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Berkorban sekarang lebih baik dari terkorban kemudian,” ciapnya di Twitter miliknya hari ini sambil meninggalkan tanda pagar #StayHomeSaveLives.

Terdahulu di twitnya, berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata angka terbaharu menunjukkan jumlah penduduk terlibat dlm PKPD di kawasan tersebut ialah 20,166 orang.

“Dari jumlah tersebut 6,000 adalah warganegara kita… Kesemua warganegara sedang dibekalkan dengan bahan makanan yang mencukupi InsyaAllah.. Anggaran asal cuma 1, 300. Kita usahakan tambahan,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.