Rejim Gagalkrasi: Habis Aset Dijualnya, Berebut Jadi Ketua Pembangkang – Fairuz

KUALA LUMPUR, 23 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin secara sinis melihat drama perebutan kuasa ‘rejim gagalkrasi’ masih belum habis sepenuhnya apabila jawatan ketua pembangkang pula mungkin akan menjadi ‘rebutan’

Menurut beliau, itulah karakter sebenar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mana mereka dilihat gila dan dahagakan kuasa.

“Tak habis lagi rupanya drama berebut kuasa Rejim Gagalkrasi. Lepas ni berebut kuasa nak jadi Ketua Pembangkang pulak.

“Bila dapat kuasa, mereka gagal mentadbir dan menindas rakyat. Rakyat tegur pun kena marah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Fairuz lagi, semasa jadi kerajaan, berebut mahu jadi PM ke lapan, sudah jadi pembangkang berebut pula mahu jadi Ketua Pembangkang. Kesudahannya rakyat juga yang sengsara.

“Pelabur lari, ekonomi merundum, kebajikan rakyat terabai, polisi huru-hara. Segala-galanya musnah disebabkan wujudnya persaingan sesama sendiri di dalam kerajaan.

“Lebih buruk lagi bila ada pula pemimpin yang mengambil kesempatan untuk menjual harta kerajaan secara lelong. Harta yang memberi keuntungan juga dilelong. ..sedih!!

“Ambil iktibar 22 bulan pemerintahan Rejim Gagalkrasi, sejarah hitam. Biarkan mereka bertelagah di blok pembangkang selamanya. Kita fokus majukan semula Malaysia yang tertinggal 22 bulan,’ ujarnya – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.