Guan Eng Penipu? Kerajaan Patut Tubuh RCI Siasat Bekas Menteri Kewangan Itu – Fairuz

KUALA LUMPUR, 11 APRIL – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengatakan sumber kewangan negara kukuh dan berada di tahap yang baik.

Katanya, ini bercanggah dengan momokan bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng yang sentiasa memberi gambaran bahawa ekonomi Malaysia teruk dan berada dalam masalah yang besar.

“Adakah Lim Guan Eng menipu? Apabila dikemudikan oleh individu gagal… maka gagal keseluruhannya. Sebab itu BSH (Bantuan Sara Hidup) dipotong, BSH untuk bujang dimansuhkan dan lebih teruk lagi beliau sanggup meminjam sehingga RM58 bilion kononnya mahu bayar hutang negara.

“Sudahlah lemah dalam pengurusan kewangan negara, kerjanya pula hanya mahu berpolitik sehinggakan hutang negara pun habis ditunggangnya… kononnnya kerajaan Barisan Nasional (BN) meninggalkan hutang sebanyak RM1 trilion.

“Tak cukup lagi… habis aset-aset strategik negara semuanya dijual atas alasan ‘kelakar’ sama, tampung hutang negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Fairuz lagi, inilah bezanya individu-individu yang profesional, berkelayakan dan berpengalaman dilantik menjadi menteri kewangan berbanding individu yang hanya berlatar belakangkan sebagai akauntan gagal seperti yang dinyatakan sendiri Guan Eng pada 2012.

“Inilah pentingnya melantik individu tepat yang profesional, berpengalaman dan berkelayakan untuk mengemudi kementerian paling kritikal, iaitu Kementerian Kewangan.

“Ada dengar Menteri Kewangan kita menyebut tentang Guan Eng atau menyalahkannya meskipun Guan Eng memang seorang yang gagal dalam mentadbir kementerian kewangan negara? Tak ada,” tegasnya.

Semoga Menteri Kewangan, Tengku Zafrul  diberikan kekuatan untuk terus memulihkan ekonomi negara akibat COVUD-19 ini, ujarnya.

Berikut adalah kenyataan Guan Eng tentang ekonomi negara.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/507461/amp

https://m.malaysiakini.com/news/192814?fbclid=IwAR1m7CR_Q5q1lbTW1qZqtHDyOo5fH7zgotJqKUWP0I1pmRwhs15dDR30JCs

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-bisnes/guan-eng-dedah-perincian-hutang-rm1-trilion-176387%3famp=1.UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.