“MKN Itu ‘War Room’lah”… Najib Bidas PH Suka Beretorik

KUALA LUMPUR, 3 April – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas cadangan ‘bernas’ pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) semalam.

Dalam satu kenyataan PH menggesa kerajaan mewujudkan ‘War Room’ untuk lawan penularan wabak COVID-19.

“Adoi! Itulah sebab kita ada MKN (Majlis Keselamatan Negara) sekarang yang memang pun bermesyuarat setiap hari.

“MKN itu ‘war room’lah! Tegas Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru Ahli Parlimen Pekan itu menggesa PH agar berhenti daripada berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang berasas retorik pada masa ini.

“Nanti rakyat membenci, korang keluarkan kenyataan untuk mengadu bahawa rakyat membenci pulak seperti apa yang Patriot buat hari itu,” sinisnya lagi.

Dalam statusnya itu, Najib turut melampirkan pautan daripada Facebook Dap dan juga PH mengenai kenyataan mereka tersebut.

1. https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10157996822799192

2. https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/posts/1146644382352799

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.