Ikutlah Arahan PKP, Jangan Keluar Tanpa Alasan – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengharapkan agar rakyat mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Tegas beliau, sepanjang ikrar PKP ini ramai masyarakat yang ingkar mematuhi arahan ini namun tangkapan individu yang degil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dapat mengurangkan rakyat yang keluar tanpa alasan yang munasabah.

“Jumlah tangkapan bagi yang ikrar PKP adalah tinggi kerana ramai yang keluar tanpa alasan yang munasabah. Sebab itulah pihak polis telah melakukan sebanyak 4,189 tangkapan sepanjang PKP dan pada fasa kedua ini menunjukkan berlakunya penurunan jumlah tangkapan.

“Jika pihak berkuasa boleh berkorban nyawa, masa dan tenaga untuk kita… mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Ianya amat mudah iaitu hanya duduk di rumah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kata Dr Najmil lagi, rakyat Malaysia diharapkan supaya memahami betapa pentingnya untuk kekal duduk rumah supaya berjaya memutuskan rantaian COVID-19 ini dan sekali gus menamatkan PKP ini.

“Rakyat Malaysia tolonglah beri kerjasama… kita mampu mengubah ‘trend’ ini dan menyelamatkan negara kita. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah untuk mengatasi kebosanan dengan melakukan perkara yang sihat dan berfaedah.

“Semuanya bergantung kepada kita iaitu mempunyai disiplin diri. Pada waktu inilah, kita perlu menjadi kreatif, belajar kemahiran baru serta menggantikan masa yang telah hilang bersama keluarga,” tegasnya.

Untuk rekod mana-mana orang yang melakukan kesalahan tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang diberikan kuasa boleh disabitkan mengikut Seksyen 24 Akta 342.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Kesalahan yang ingkar PKP mengikut Peraturan (3) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.