Bantuan Kerajaan Cukup Untuk Keperluan, Bukan Untuk bermewah – Shafiq

KUALA LUMPUR, 2 April – Profesional muda Shafiq Fahdly berkata, tuduhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kononnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan khususnya dalam Pakej Rangsangan Ekonomi tidak cukup hanyalah satu cubaan untuk mewujudkan rasa marah di hati rakyat.

Jelas beliau, apa yang kerajaan lakukan sekarang ini adalah yang terbaik demi memastikan rakyat mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukannya mengambil alih pendapatan rakyat.

“Soal cukup atau tidak terlalu subjektif. Kalau kita ikutkan, memang tidak pernah cukup, ia bergantung kepada keperluan dan apa yang kerajaan lakukan sekarang bukan untuk mengambil alih pendapatan rakyat tetapi adalah untuk membantu dalam jangka kita sedang berhadapan dengan COVID-19 ini.

“Duit yang diberi oleh kerajaan cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukan untuk bermewah-mewahan. Apa yang diberi cukup untuk membeli barang keperluan dan bukannya kehendak, dalam keadaan sekarang bukan mada untuk kita bermewah-mewahan… kita perlu berjimat.

“Pembangkang ini memang sudah menjadi sikap mereka untuk mewujudkan perasaan marah di hati rakyat bahawa apa yang diberi untuk rakyat itu sentiasa tidak cukup. Kalau kitae ingat bantuan 1Malaysia dulu, mereka mengatakan bantuan itu berbentuk rasuah dan rakyat tidak boleh menerima. Bila mereka ambil alih kerajaan, mereka beri bantuan sara hidup rakyat dan bantuan itu lebih rendah dari apa yang BN rendah dulu,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan bersama Mirza Adnan dalam program Hujah yang bertajuk ‘Bantuan Prihatin Nasional: Apa Kata Anak Muda?’ anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang disiarkan secara langsung di facebook UMNO-Online, malam tadi.

Tambah Shafiq, rakyat sepatutnya berasa yakin dan percaya dengan kewibawaan kepimpinan kerajaan baru di bawah Perikatan Nasional (PN) ini kerana mereka telah melakukan yang terbaik.

“Kita lihat contohnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau setiap hari memberi info kepada kita dan saya yakin semua kepimpinan kerajaan telah memberikan yang terbaik dan saya yakin sekiranya wabak ini berterusan, kita akan saksikan pakej rangsangan lain yang akan diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

“Sebab itu saya katakan, apa yang kerajaan beri adalah bersifat bantuan untuk keperluan dan ia cukup sekiranya kita tidak bermewah-mewahan,” ujar beliau lagi.

Selain itu menurut Shafiq, pakej rangsangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini adalah satu pakej yang menyentuh keseluruhan rakyat secara amnya.

“Kita harus melihat pakej rangsangan ekonomi ini adalah terbahagi kepada dua iaitu pertama, ia diperlukan dalam keadaan nengara menghadapi COVID-19 di mana kebanyakan masyarakat hilang punca pendapatan disebabkan perintah PKP. Maka Kerajaan bantu rakyat agar kelangsungan hidup dapat diteruskan.

“Kedua, sekiranya tidak berlaku wabak pandemik ini pakej ini masih dieprlukan untk pastikan negara dapat menjana dan merancakkan ekonomi sebab kalau kita lihat keadaan ekonomi global telah memberi kesan kepada negara dan ia telah bermula sebelum kita menghadapi wabak ini lagi.

“Jadi, bila kerajaan umumkan pakej rangsangan ini, kita akan dapat melihat unjuran ekonomi negara pada tahun ini akan terus berkembang walau pada kadar yang sedikit,” terang beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.