Terima Kasih..Selamat Hari Doktor Sedunia- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi melahirkan penghargaan kepada seluruh doktor sempena hari doktor sedunia hari ini.

Menerusi catatannya di facebook, Ahmad Zahid mengharapkan para Doktor diberikan kekuatan dan keselamatan termasuk kakitangan perubatan lain dalam membendung COVID-19.

“Selamat Hari Doktor Sedunia. Ribuan terima kasih dan penghargaan di ucapkan kepada para doktor atas dedikasi dan komitmen menggalas tanggungjawab sepanjang bertugas.

“Semoga diberi kekuatan dan keselamatan kepada pada doktor dan barisan kakitangan perubatan dalam membendung COVID-19. Anda semua HERO bagi kami Rakyat Malaysia. Terima kasih,” katanya.

Turut menzahirkan ucapan serupa ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang melahirkan penghargaan dalam laman Facebook beliau dengan ucapan ‘Selamat Hari Doktor Sedunia. Terima Kasih atas khidmat dan bakti yang dicurahkan.

Bersempena Hari Doktor Sedunia pada 30 Mac setiap tahun, pelbagai pihak menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Doktor yang dizahirkan menerusi laman media sosial masing-masing.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.