Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Bernilai RM250 Bilion – PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Perdana menteri dalam ucapan beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen dan saluran media sosial berkata keutamaan kerajaan waktu ini adalah untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat, jelasnya. – BERNAMA

Berikut merupakan teks ucapan Perdana Menteri:

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/03/teks-penuh-ucapan-PM-Bajet-Prihatin.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.