Malaysia Antara Negara Terbaik Tangani Wabak COVID-19 – Noor Sabrina
ALOR SETAR, 27 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Noor Sabrina Mohd Nor berkata, Malaysia adalah antara negara yang terbaik dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19.
Jelas beliau, ini terbukti apabila JP Morgan, sebuah Investment bank di US, memuji strategi kerajaan Malaysia menghadapi krisis global COVID-19 adalah antara yg terbaik di ASEAN malah beberapa negara Eropah.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berasa bangga apabila negara kita dipandang tinggi dalam menghadapi musibah ini dan kerana itulah kita harus terus membantu kerajaan dan pihak Kementerian Kesihan dengan memberi kerjasama untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.
“Kita harus terus berganding bahu dan jangan mempolitikkan isu ini kerana ini adalah masalah kita bersama. Ia melibatkan nyawa dan bukan boleh dipandang remeh,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Sabrina,walaupun negara menghadapi pelbagai rintangan dalam menangani wabak ini namun cara kerajaan melakukan penyaringan sangat terpuji.
“Bagi setiap satu juta rakyat, negara-negara Asia Tenggara yang lain hanya buat enam ujian atau paling tinggi 109 ujian tapi Malaysia buat 482 ujian iaitu paling tinggi di Asia Tenggara malah lebih tinggi daripada beberapa negara Eropah.
“Bukan itu sahaja, kapasiti ujian makmal di negara kita juga adalah sangat tinggi. Jika dulu KKM hanya mampu buat 3,500 ujian sehari tetapi sekarang ia sudah mencecah 7,000 ujian sehari. Dengan tambahan bajet daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kapasiti akan dipertingkatkan kepada 16,000 ujian sehari dan ini menghampiri Korea Selatan yang mampu menyaring 20,000 pesakit setiap hari,” ulas beliau.
Mengulas lebih lanjut Sabrina berkata, walaupun hampir setiap hari ada kes kematian direkodkan tetapi sebenarnya ia tidak sampai satu peratus.
“Malaysia merekodkan kadar kematian 0.77 peratus, tidak sampai sampai satu peratus dan ia lebih rendah berbanding dengan purata dunia iaitu 4.4 peratus. Itali merekodkan kadar kematian 9.26 peratus, USA 1.25 peratus, Spain 6.16 peratus, Perancis 4.2 peratus, Korea S 1.24 peratus, Swiss 1.35 peratus, UK 4.89 peratus, Holland 4.25 peratus dan Belgium 2.21 peratus.
“Jadi kita harus berbangga dan terus memberi kerjasama terbaik dalam usaha kerajaan dan KKM untuk menangani wabak ini. Jangan kita bersikap penting diri,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE