Bantuan Tunai: Terima Kasih Mendengar Suara Hati Rakyat – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin terhadap rakyat.

Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, kerajaan mendengar suara hati rakyat! Bantuan tunai atas nama Bantuan Prihatin Nasional bakal disalurkan kepada rakyat M40 ke bawah bermula April ini,” katanya menerusi kenyataan pendek dalam laman Facebooknya.

Berikut adalah antara bantuan tunai yang diumumkan kerajaan:

1. RM1,600 kepada setiap isi rumah yang bergaji kurang RM4,000.
2. RM1,000 yang bergaji antara RM4,000 ke RM8,000 sebulan.
3. RM800 kepada bujang berumur 21 tahun ke atas.
4. RM500 kepada bujang berumur 21 tahun ke atas bergaji RM2,000-4,000.
5. RM200 kepada setiap pelajar IPT – UMNO-Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.