Subsidi Gaji Dan Bantuan Tunai Kecemasan Amat Diperlukan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi ekoran situasi semasa.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap pengumuman esok akan lengkap dan menyeluruh.

“IKS merupakan majikan kepada hampir 6 juta pekerja – majikan paling besar. Kalau 15% IKS gulung tikar/berhenti beroperasi, pengangguran boleh cecah 10%. Sejuta lebih. Tak mustahil. Ekonomi dan kebajikan akan terkesan tiada tolok banding dalam sejarah moden kita.”

Katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini, kegawatan ekonomi 1998 pun pengangguran 4.2% dan kegawatan ekonomi 1986 yang cukup teruk pun pengangguran 8%.

“Saya harap pengumuman esok akan lengkap dan menyeluruh. Moratorium (hutang bank) automatik sudah amat membantu mengurangan ‘cash outflow’ tetapi majikan dan pekerja/isi rumah masih perlu bantuan ‘cash inflow’. Ini fakta, bukan manja.”

Beliau menyarankan seperti berikut:
1. Subsidi gaji. Kerajaan bantu syarikat terutamanya IKS bayar gaji pekerja (dengan syarat). Saya ulang harapan ini berkali-kali. Sejujurnya ini amat diperlukan.

2. Bantuan tunai kecemasan untuk bantu rakyat Malaysia yang tiada KWSP dan tidak bergaji. Yang kerja kampung dll. Juga amat diperlukan.

“Ada lain. Tetapi saya nak ringkaskan – dua ini adalah ‘make or break’ untuk ekonomi dan kebajikan rakyat kita segera (selain sudah tentu keutamaan kepada KKM dan barisan hadapan, wira-wira kita).

“Sama-sama kita doakan pengumuman yang baik esok,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.