Kebajikan Anak-anak ‘Frontliner’ Perlu Diberi Perhatian, Zahid Cadang Langkah Drastik


KUALA LUMPUR, 23 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebajikan dan keselamatan anak-anak kakitangan dan petugas barisan hadapan atau ‘frontliner’ COVID-19 hendaklah diberikan perhatian yang serius.

Jelasnya, sehingga kini sudah terdapat beberapa orang petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 dan seorang doktor pakar sudah meninggal dunia menjadi mangsa kesembilan.

“Semua TASKA, pusat jagaan kanak-kanak, ‘playschool’ dan sekolah ditutup menyebabkan kerumitan kepada petugas barisan hadapan terutama suami isteri yang kedua-duanya perlu bekerja,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi media sosial beliau hari ini.

Terangnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, anak-anak berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan sekiranya petugas-petugas ini pulang kerumah.

Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan dua cara kepada kerajaan untuk mengambil langkah drastik iaitu:

1.Mewujudkan beberapa tempat khas sesuai dengan keadaan untuk menjaga anak-anak para petugas tersebut demi memastikan keperluan asas mereka dan juga emosi anak-anak dalam keadaan stabil.

2. Menyediakan perlindungan paling opitimum kepada para petugas dan keluarga mereka terutama dari aspek kewangan, kesihatan, keselamatan dan psikologi.

Dilaporkan, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memasuki hari keenam dengan orang ramai dinasihat untuk ‘duduk di rumah’ dan menjaga keselamatan dengan jarak sosial dibuat terutamanya ketika berada di tempat terbuka seperti pasar awam dan pasar raya. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit