Tangani COVID-19, Petugas Hospital Pahlawan Tidak Didendang – Puteri Farhana

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pengerusi Biro Aktivism Puteri UMNO Malaysia, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani menyeru agar rakyat Malaysia dapat memberi sumbangan dana bantuan kepada benteng hadapan yang sedang membantu pesakit COVID-19.

Katanya, rakyat Malaysia terhutang budi kepada pahlawan benteng hadapan yang penuh berani membantu pesakit COVID 19 walaupun mengetahui risikonya.

“Wahai benteng hadapan COVID-19 kami yang gagah, dunia terhutang budi dengan anda. Anda adalah pahlawan tidak didendang… dengan penuh keberanian merawati pesakit yang terjangkiti, merisikokan kehidupan mereka sendiri.

“Kami sedang meningkatkan usaha tanggungjawab sosial untuk membantu petugas kesihatan Malaysia. Kami memerlukan sokongan padu anda untuk dana bantuan ini, kami merancang untuk mengedarkan bungkusan makanan kepada petugas COVID-19.”

Puteri Farhana yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO turut menjelaskan bantuan yang diberikan oleh rakyat dapat meringankan petugas hospital. Dengan makanan yang tidak mencukupi, kantin di hospital dan kedai-kedai makanan pun telah diarahkan tutup untuk sementara waktu, maka dengan bantuan Puteri UMNO… dapatlah meringankan bebanan petugas-petugas tersebut.

“Kita akan menghantar makanan hanya di lobi hospital dan petugas hospital akan mengambilnya serta mengagihkan kepada semua petugas-petugas. Kita melakukan penghantaran makanan ini kepada semua hospital-hospital di negara ini dan setiap negeri ada wakil-wakil yang akan menghantar penghantaran makanan terutama sekali pada negeri-negeri yang banyak mendapat positif COVID-19,” ujarnya.

Tambah Puteri Farhana lagi, setiap wakil akan terus menghubungi Pengarah atau Timbalan Pengarah yang mengendalikan penyakit COVID-19 ini dan akan mendapatkan jumlah berapa ramai petugas-petugas hospital yang terlibat dalam kes ini.

“Saya juga sudah hubungi ketua pengarah di bilik gerakan dan memaklumkan ingin menderma bantuan kepada petugas-petugas barisan hadapan. Alhamdulillah… pada hari ini kita akan membantu petugas-petugas di Hospital Serdang, Kajang untuk penghantaran makan malam,” katanya lagi.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:
SupportFundCovid19. BANK KERJASAMA RAKYAT, 1100 7100 6115 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.