Semakin Menggalakkan, Dana Sumbangan Bantu Petugas Barisan Hadapan Negara – Puteri Farhana

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Tabung Puteri UMNO COVID-19 sehingga hari ini telah berjaya mengumpulkan dana sumbangan sebanyak RM20,000 dan berharap pelbagai pihak terus tampil untuk membantu tabung berkenaan.

Ketua Biro Aktivisme Puteri UMNO, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani berkata bantuan sumbangan dana berkenaan adalah khusus untuk membantu petugas barisan hadapan negara.

“Semalam Puteri UMNO telah membuat penghantaran makanan ke Hospital Kajang. Insya-Allah pada hari ini, kami akan mula menghantar ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Melaka.

“Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda. Kami sangat terharu dan besar hati menerima setiap sumbangan dari anda. Insya-Allah… dengan setiap sumbangan kami dapat menyalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun kata beliau lagi, lebih banyak hospital yang memerlukan bantuan dan sokongan semua pihak.

“Marilah kita bersama-sama bersatu hati dalam misi bantuan ini. Besarlah harapan kami agar bantuan ini dapat di hantar secara berterusan dalam tempoh kita menghadapi wabak COVID-19 ini. Ayuh kita berkhidmat untuk menyokong petugas wira bangsa kita,” serunya.

Untuk makluman, sumbangan boleh disalurkan kepada akaun berikut:

Nama Bank: BANK KERJASAMA RAKYAT

No. Akaun: 1100 7100 6115.

Akaun ini di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Puteri.

Ref: SupportFundCovid19

Sebarang kemusykilan, khusus mengenai bagaimana sumbangan anda digunakan atau misi 19 secara keseluruhan, bolehlah menghubungi Puteri Farhana di talian 018-575 1418. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.