Zahid Tidak Pernah Minta Apa-apa Sumbangan – Saksi

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Saksi pendakwa ke-38, Azlan Shah Jaffril, 49, Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah meminta beliau apa-apa sumbangan.

Azlan Shah berkata bahawa beliau memberikan tiga kali sumbangan dan merupakan sumbangan politik yang dimasukkan atas nama Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

“Saya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dr Ahmad Zahid kerana beliau pada ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang bertanggungjawab mencari dana untuk pilihanraya umum yang akan datang.

“Sumbangan yang diberikan adalah untuk kebajikan dan sumbangan politik,” tegasnya.

Peguam: Adakah sumbangan itu bertujuan kebajikan?
Saksi: Ya, memang sumbangan bertujuan kebajikan

Peguam: Ada sesiapa yang memberikan arahan?
Saksi: Tidak

Peguam: Adakah kamu tulis ‘kebajikan’ di cek?
Saksi: Ya, sumbangan kebajikan

Peguam: Bahawa kamu tahu apa sumbangan yang hendak diberikan?
Saksi: Sumbangan politik untuk membantu kerajaan kerana telah hampir Pilihan Raya Umum (PRU).

Peguam: Adakah ini urusan sesiapa?
Saksi: Urusan saya.

Beliau memberitahu kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah terdapat tiga cek diberikan kepada Dr Ahmad Zahid iaitu cek pertama berjumlah RM300,000 merupakan sumbangan kebajikan. Kedua bernilai RM1,000,000 merupakan sumbangan politik dan cek ketiga bernilai RM700,000 merupakan sumbangan kebajikan.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.