Berjuanglah Demi Keikhlasan Demi Agama, Bangsa, Tanah Air – Yusnaliza

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Pembahas Usul Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia dari Kedah, Yusnaliza Ahmad berkata sebagai sayap paling bongsu dalam UMNO perlu tahu dan sedar sejarah perjuangan UMNO walaupun sering kali diingatkan dan inilah parti yang mampu menjaga bangsa, agama dan tanah air.

Katanya, keikhlasan ahli dalam memperjuangkan parti adalah sangat penting dan bukannya mengharapkan ada ‘sesuatu’ ataupun imbuhan.

“UMNO hari ini memerlukan ahli yang ikhlas dan berjuang memperkasakan serta memperkukuhkan sebuah parti yang mampu mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

“Sedarlah wahai sahabat-sahabatku… kuasa paling mutlak dan hakiki dalam politik duniawi adalah rakyat. Bukan nama besar atau kenamaan dan juga bukan para menteri tetapi rakyat jelata. Tanpa amanat dan sokongan rakyat perjuangan demi ‘ABATA’ hanya lebih tulus kerana ia lebih berkuasa dan ia juga datang dari amanat rakyat,” kata beliau ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO, di sini, hari ini.

Yusnaliza yang juga Penolong Bendahari Puteri UMNO Negeri Kedah, menjelaskan bahawa UMNO telah menabalkan Islam sebagai agama rasmi negara, menjaga kedaulatan raja-raja dan juga hak istimewa orang Melayu.

“UMNO menabalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan menjaga kedaulatan Raja Melayu-melayu. UMNO juga bertanggungjawab meletakkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita hari ini berjuang untuk mendapatkan harta dan kekayaan, UMNO bukan lagi tempat mencari harta jika hari ini kita perjuangkan untuk pangkat dan darjat… ini bukan tempatnya dan UMNO bukan lagi kerajaan,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit