Perpaduan Dan Penyatuan Ummah Semarakkan Dewan Tun Hussein Onn

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Semangat perpaduan dan penyatuan ummah menyemarakkan Dewan Tun Hussein Onn yang menjadi lokasi berlangsungnya Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, hari ini.Laungan takbir yang disambut oleh para peserta cukup untuk membangkitkan semangat perjuangan ke arah kerjasama yang lebih lancar dan teratur pada masa hadapan.Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh yang sebelumnya telah memberikan kupasan menarik menerusi Tadabbur Surah As-Saf yang dimoderatorkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim.- Foto: MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.