50,000 Peserta Himpunan Aminkan Doa Presiden UMNO


PASIR SALAK, 31 Ogos – Peserta Himpunan Melayu Bangkit dan Penyatuan Ummah 2.0 yang berlangsung di dataran Dewan Besar Pekan Rabu, di sini malam tadi telah bersama-sama mengaminkan doa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut adalah doa yang sama-sama diaminkan oleh ribuan peserta himpunan:

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Di bumi bertuah Pekan Rabu Sungai Manik Parlimen Pasir Salak,

Hamba-Hambamu berdiri di bumi bertuah ini Ya Allah,

Memohon restu darimu Ya Allah,

Agar kau berikanlah keamanan kepada bumi bertuah ini Ya Allah,

Berikanlah keamanan kepada Negeri Perak Ya Allah,

Berikanlah keamanan kepada Negara kami Malaysia Ya Allah,

Berilah kerahmatan kepada Negara kami Ya allah,

Berilah kemakmuran kepada bangsa kami Ya Allah,

Jagalah Agama Kami Ya Allah,

Tumpaskanlah musuh-musuh Islam Ya Allah,

Tolaklah musuh-musuh Islam Ya Allah,

Tolaklah mereka yang mahu menghancurkan Islam Ya allah,

Dengan Kalimahmu Lailahaillah
Kami Mohon pada mu Ya Allah,

Agar Perhimpunan pada malam ini Ya Allah, Sempena dengan Perayaan 62 Tahun kemerdekaan Negara kami Ya Allah,

Kau berikanlah peluang kepada kami Ya Allah,

Untuk membuktikan bahawa perjuangan kami adalah perjuangan yang ikhlas,

Penyatuan kami adalah penyatuan ikhlas,

Perpaduan kami adalah Perpaduan yang ikhlas,

Berlandaskan kepada Aqidah, keimanan dan keikhlasan.

Amin Ya Rabbal Alamin