Dong Zong Ibarat Belanda Dapat Tanah, Air Susu Dibalas Dengan Air Tuba!

SEBAIK sahaja Perdana Menteri membongkar peranan Dong Zong yang rasis, sepantas kilat parti politik Dap mempertahankan Dong Zhong.

Ibarat kacang lupakan kulit, itulah peribahasa untuk persatuan Dong Zong, segala budi yang baik yang diberikan oleh tuan tanah tidak perlu dibalas.

Pemimpin Melayu sering kali mengambil keputusan yang memihak kepada bukan empunya tanah ini. Sikap pemimpin Melayu dari dahulu sehingga sekarang suka menjaga perasaan tetamu.

Itulah adat orang Melayu sekian lama, sehinggakan segala keputusan terhadap dasar Kerajaan, pemimpin Melayu terikut dengan budaya ini. Dengan harapan ‘budi yang baik dibalas baik’.

Budaya ketimuran ini bukan dilihat sebagai budaya bertolak ansur oleh persatuan seperti Dong Zong. Budaya dan corak kemimpinan orang Melayu dari awal merdeka lagi dilihat sebagai satu peluang keemasan oleh tetamu tuan tanah.

Ibarat pepatah ‘seperti Belanda dapat tanah’ ianya tidak lain dari sikap sebenar yang ditunjukkan oleh Persatuan Cina ini, mereka melihat kebaikan ini adalah satu kelemahan tuan tanah. Tetamu bertindak licik untuk menukar segala hiasan asal tuan tanah.

Taktik tipu muslihat persatuan ini sudah diguna pakai sekian lama semenjak sebelum merdeka, mereka tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan agenda menukar rumah yang mereka tumpang kepada budaya mereka.

Persatuan ini menerima jutaan duit setiap tahun dari konglomerat yang mencari keuntungan dengan berniaga dengan tuan tanah, ramai tetamu ini sudah berjaya dan menikmati kehidupan jauh lebih sempurna dari kampung halaman mereka.

Orang Melayu masih lagi bernostalgia dengan budi yang baik akan di balas baik, namun apa yang Dong Zhong buat ibarat air susu dibalas dengan air tuba, dalam kamus Dong Zong, budi pekerti kepimpinan orang Melayu adalah kelemahan tuan tanah yang mesti diambil kesempatan.

Orang Melayu mesti sedar dari lamunan, segala kebaikan yang diberikan oleh tetamu ini ada udang di sebalik batu, mereka mempunyai muslihat untuk kemenangan, selagi ada si kitol, selagi itulah tetamu ini akan berjaya menjinakkan pemimpin Melayu.

Orang Melayu mesti bersatu untuk berlawan dengan Dong Zong, orang Melayu mesti bersikap jiwa besar dengan kaum mereka sendiri, jadikan kawan sebangsa sebagai sahabat dan bukan sebaliknya.

Pemimpin Melayu harus ketepikan pemikiran politik demi untuk memastikan budaya, agama dan bangsa tetap dipelihara, sekira bangsa Cina boleh bernaung di bawah persatuan Dong Zong untuk kepentingan mereka, kenapa tidak bangsa Melayu?

Dong Zong bukan sahaja melingdungi kaum Cina untuk pendidikan, mereka menaungi bangsa Cina dari sudut perniagaan, bangsa dan politik.

Berlawan dengan Dong Zong bukan satu yang mudah, ada ramai Tan Sri, Datuk Seri, Datuk yang berjawatan di dalam persatuan ini, dan mereka ini mempunyai pengaruh di dalam Kepimpinan bangsa Melayu. Melayu yang lemah akan senang dibeli dengan ekonomi dan kekayaan, hanya Melayu yang ada jati diri sahaja boleh bertahan.

Golongan bangsawan Melayu mesti kuat dan bijaksana untuk berlawan dengan golongan ini, mereka boleh senyum dan lembut lidah untuk mereka dapat apa yang mereka kehendaki, kadang kala bagi mereka, semua boleh disogok, harganya sahaja membezakan.

Hakisan identiti terus berlalu saban hari tanpa kita sedar, adalah saki-baki yang tinggal di kampung-kampung, namun sekira kita lihat di kota-kota, identiti bangsa tuan tanah sudah lenyap, bukan hanya sekadar lenyap, rakyat Malaysia juga sudah rasa malu dengan identiti Malaysia itu sendiri.

Cerita tetamu dan tuan tanah ini sudah boleh dilupakan, ianya ibarat sejarah, tetamu itu sudah berumah dan menjadi jiran kepada tuan tanah, kita tak boleh halau tetamu ini, namun apa yang boleh tuan tanah buat adalah bersatu setelah menyedari tipu muslihat Dong Zong.

Nukilan buat Melayu dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.