Lawatan Dan Ziarah

KANGAR 16 April–Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkesempatan bersama-sama sahabat dari UMNO Kuala Perlis telah menziarahi dan melawat kediaman Encik Hassan @ Pak Chan di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis. Pak Chan merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Cawangan Pulau Ketam. Sekarang beliau terlalu uzur (tidak dapat bergerak / telantar) akibat sakit tua. Pak Chan juga merupakan abang kepada Ketua Wanita UMNO Kampung Pulau Ketam.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.