Jual Aset Sepatutnya Pilihan Terakhir Felda

Azlina Rosdy


KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu menjual aset Felda bagi menjana kembali aliran tunai Felda yang dikatakan tenat tetapi itu adalah langkah terakhir yang sepatutnya diambil kerana masih banyak cara lain yang boleh digunapakai.

Jelas beliau, antara caranya adalah dengan bantuan oleh kerajaan pusat sendiri.

“Saya tidak faham mengapa langkah terakhir yang hendak digunakan sedangkan banyak cara lain lagi. Untuk mengurangkan beban Felda contohnya.. pembinaan jalan di dalam Felda boleh diserahkan kepada kerajaan negeri, prasarana luar bandar boleh dibincangkan dengan kementerian Luar Bandar seperti lampu jalan kampung diserahkan kepada kementerian ini… ini semua boleh mengurangkan beban kewangan Felda.

“Jadi, tidak perlu jual aset pun… bukan tidak boleh… kalau betul aset itu benar-benar sudah tidak bermanafaat lagi untuk Felda tapi kena ingat, ini adalah jalan tuntas. Kalau kita sudah jual, nak dapat balik susah. Kita jual dengan harga RM1 nak dapat balik belum tentu dengan harga yang sama,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Jazlan yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang, sebagai sebuah kerajaan, seharusnya para menteri harus berfikiran lebih jauh ke hadapan dan bukannya mengambil jalan ‘short cut’ untuk menyelesaikan masalah.

“Kalau benarlah Felda sekarang tenat, bagaimana Felda boleh beli aset? (Felda baru membeli bangunan Sime Darby di Jalan Raja Laut). Sekarang ni harga sawit jatuh jadi mestilah akan memberi kesan kepada keuntungan.. jadi janganlah asyik menuduh kerana kerajaan terdahulu. Kalau betul kerana kerajaan terdahulu, kita tengok lagi dua tahun…. boleh atau tidak mereka bangunkan Felda dengan jauh lebih baik.

“Tapi apapun… rakyat sudah memilih kerajaan baru jadi biarlah apa sahaja yang mereka nak buat… kita bukan lagi kerajaan,” ulas beliau lagi. – MediaUMNO

Komen Anda


3 weeks ago