Najib Hadir Beri Sokongan Kepada Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Okt – “Saya hadir memberi sokongan kepada sahabat,” ujar bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pendakwaan terhadap salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan sebuah yayasan.

Najib yang hadir dengan memakai baju batik berwarna merah jambu itu tiba di kompleks pada pukul 9.15 pagi.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 3.15 petang berhubung siasatan kes berkenaan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah enam kali dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes itu dengan kali terakhir memberi keterangan semalam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.