“Agensi Penarafan Dan Bank Dunia Sahkan Hutang Negara Bukan RM1 Trilion!” – Najib

Hari ini, saya sempat baca laporan terkini dari ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody’s, Standard & Poors dan Fitch Ratings.

Tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion.

Laporan Bank Negara Malaysia terkini juga menyatakan bahawa hutang kita pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir bulan 2017. Juga bukan RM1 trilion.

Saya juga baca laporan Bank Dunia minggu lalu dan mereka juga tidak menyebut hutang kita adalah RM1 trilion.

Tetapi minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walaupun berita ini dilaporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya.

Minggu lepas, kerajaan juga mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos. Eksport telah menurun manakala import naik dengan tinggi. menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan.

Laporan itu juga mengesahkan eksport minyak sawit jatuh sebanyak 27% (berbanding unjuran saya pada 26%).

Dua bulan dahulu, saya pernah memuatnaik unjuran kejatuhan ini akan berlaku:
https://www.facebook.com/…/a.10151787553…/10155548263225952/

Pada masa itu, saya menulis:

“Banyak juga yang membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa juga jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun.

Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.”

Saya juga memberi amaran melalui satu wawancara dengan portal media tempatan tentang kemungkinan Malaysia akan menghadapi situasi defisit berganda di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/…/najib-kami-tinggalkan-…/

“Bekas menteri kewangan itu juga berkata import kini bertambah lebih cepat daripada eksport sejak kadar GST disifarkan, selain pertambahan dalam penggunaan domestik.”

“Akibatnya, lebihan dagangan kita jatuh,” katanya. “Keadaan ini dan ditambah dengan pengaliran keluar modal sejak pilihah raya, menyebabkan lebihan akaun semasa kita merosot teruk dan memeranjatkan banyak pihak. Ia kini jatuh kepada AS$1 bilion, jauh kurang berbanding AS$15 bilion dalam suku lepas.

“Beliau memberi amaran tentang ‘defisit berganda’ sekiranya kerajaan PH membenarkan lebihan itu bertukar menjadi defisit.

“Jika permintaan domestik dan import terus meningkat dalam keadaan pertumbuhan eksport merosot, kita juga boleh berhadapan dengan defisit dagangan, dan itu bermakna 3 kali defisit iaitu defisit bajet, defisit akaun semasa dan defisit dagangan luar.”

Nampaknya kebimbangan saya pada masa itu semakin menjadi kenyataan. Saya harap kerajaan PH prihatin tentang kemungkinan berlakunya 3 defisit ini. –ttkm.com.my

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.