Bawa Keluar 30 MP UMNO, Hishammuddin Sifatkan Dakwaan Merepek

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan desas-desus yang berlegar di media sosial kononnya beliau akan membawa sejumlah Ahli Parlimen keluar daripada UMNO dan menjadi Bebas.

 

Menerusi ‘whatsapp’ kepada UMNO-Online, beliau bukan sahaja menyifatkannya sebagai merepek malah tidak benar sama sekali dan beliau turut memberikan pesanan kepada ahli parti agar jangan menari mengikut rentak sesetengah pihak terbabit.

Beliau percaya perkara berkenaan hanya digembar-gemburkan dari kalangan parti sendiri.

“Tiada sesiapa boleh rasuah saya dan jawatan tidak penting kepada saya dan apa yang paling utama adalah kerana parti dan bangsa.

Hari ini timbul desas-desus yang mengaitkan ada Ahli Parlimen UMNO yang akan membawa ahli parlimen lain untuk keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

Malah dakwaan tersebut turut menyatakan Datuk Seri Hishammuddin akan ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.