Ismail Sabri Kupas Isu Cabaran Melayu Dalam Program Siaran Langsung U3.0 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 4 Okt  – UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi U3.0, yang akan membawa tajuk perbincangan ‘Cabaran Melayu’ yang akan dikupas oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Kamal Amir yang bertindak sebagai moderator.

Diskusi secara langsung ini akan mengupas cabaran politik Melayu dalam situasi politik negara terkini di mana terdapat usaha dalam mengganggu-beberapa perkara yang terkandung dalam perlembagaan sejak mutakhir ini.

Kepada orang ramai yang ingin mengikuti siaran langsung ini, bolehlah melayari laman facebook rasmi UMNO Online untuk pandangan dan komentar beliau bagaimana UMNO dan orang Melayu dalam menghadapi cabaran politik baru bagi orang Melayu di negara ini. -MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.