Gagal Dakwa Tuduhan Curi Duit 1MDB, Najib Terus Dizalimi Gunakan AMLA

Hari ini jam 10 pagi Najib dipanggil lagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial untuk memberi keterangan atas pertuduhan AMLA.

Begitu dasyat sekali mereka mahu mendera bekas Perdana Menteri ke 6 ini. Mereka masih gagal untuk mendakwa Najib atas isu utama iaitu mencuri duit 1MDB. Maka akta AMLA digunakan untuk menzalimi Najib.

Lihatlah betapa menggelabahnya Tun M bila diasak dengan soalan panas oleh Zainab Badawi moderator Hard Talk BBC London. Mahathir jelas hipokrit bila ditanya tentang RM2.6 Bilion.

Pada beliau, mustahil ada negara walaupun Raja Saudi mahu memberi wang yang sebegitu banyak. Justeru pada beliau wang itu dicuri daripada 1MDB. Sedarkah Mahathir, Najib telah membuktikan dengan dokumen bahawa wang itu telah dipulangkan dan pasti bukan kepada 1MDB.

Bila ditanya oleh Zainab Badawi, bukti wang itu dicuri daripada 1MDB? Menurut Mahathir, ia dinyatakan dalam saman DOJ Amerika. Nampak sangat Tun M mereka reka jawapan.

DOJ Amerika tidak pernah menamakan Najib sebagai suspek. DOJ hanya memohon saman sivil untuk membekukan aset Jho Lo dan Riza Aziz. Bahkan hingga ke hari ini sebarang perbicaraan tidak pernah berlaku.

DOJ juga tidak pernah memanggil 1MDB untuk ditanya apakah ada wang 1MDB hilang kerana dicuri.

Kemudian Tun M kata biarkan Mahkamah buat keputusan. Apakah Mahathir lupa saman terhadap Najib hanya berkaitan isu SRC International dan saman AMLA? Tidak ada yang berkaitan dengan mencuri duit 1MDB.

Apatah lagi SPRM sendiri mengakui siasatan kes 1MDB baru selesai 60%. Patutlah Tun M menggelabah.

Sebenarnya Zainab Badawi berjaya mendedahkan hipokrasi Mahathir termasuk berbohong mengenai kes sodomi Anwar. Semua orang ditipu.

Justeru apa pun tuduhan nanti mengenai 1MDB ia hanya konspirasi untuk melenyapkan Najib dan mencemarkan UMNO.

FB Mohd Puad Zarkashi

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.