Hapus Akta Hasutan : Anwar Diselar ‘Kunci Mulut’

Ujarnya, Anwar dahulu adalah pemimpin yang paling lantang mengkritik akta tersebut, namun kini ia dijadikan senjata utama kerajaan untuk ‘memerangi’ musuh mereka.

Lokman berkata demikian sebagai mengulas mengenai penangkapan adiknya awa pagi ini.

“Adik saya, Azman Noor bin Adam sebentar tadi telah direman selama 4 hari untuk siasatan di bawah seksyen 4 Akta Hasutan.  

“Kalau dulu sebelum PRU, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunyalah orang yang paling kuat mengkritik penggunaan Akta Hasutan, hari ini nak jadi PM punya pasal, dialah pendukung Akta ini.  Diam membisu seribu bahasa,” katanya dalam satu kenyataan. 

Azman ditangkap pihak polis sekitar jam 3 pagi tadi di Bukit Subang, Shah Alam.

“Saya bersetuju adik saya tidak sepatutnya mengongsikan ‘posting’ kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Dr Mahathir yang muncul di kaca televisyen.

“Saya mengutuk tindakan individu itu sama seperti saya mengutuk penyokong BERSIH melakukan perkara sama terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dahulu.

“Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong BERSIH tersebut ditahan jam 3.00 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?” Tulis Lokman dalam satu posting di Instagram peribadinya.

Malah tambah Lokman, Anwar juga penentang kuat kepada amalan nepotisme Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu, namun kini ‘diam serinu bahasa’ semata-mata ingin mencapai matlamatnya bergelar perdana menteri.

“Bila anak Mahathir sapu projek Telekom Malaysia 11 juta lebih, dia diam. Bila Syarikat Mirzan dapat projek bekal minyak petrol dan diesel, dia diam.  Apapun berlaku dia diam, asal dia jadi Perdana Menteri.  Belum jadi PM dah cakap tak serupa bikin, kalau jadi PM nanti lagi jahanam,” ujar beliau. –SuaraTv

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.