Semangat UMNO Tidak Pernah Luntur, Malah Makin Membara – Ismail Sabri


Kuala LUMPUR, 1 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2018 telah berakhir semalam yang melibatkan perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara termasuklah peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun ramai yang meramalkan perhimpunan kali ini akan hambar dan tiada sambutan tetapi realitinya perhimpunan tetap meriah.

“Jurucakap, perwakilan dan pemerhati terus bersemangat, malah pemerhati di luar dewan seperti biasa memenuhi ruang legar dengan bersila mengikuti persidangan melalui skrin besar.

“Semangat tidak pernah luntur malah semakin membara. UMNO akan kembali bangkit,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bera melalui catatan di laman facebooknya hari ini. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.