Lahirkan Lebih Ramai Ikon Pemuda, Jangan Cari Salah Pihak Lain

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata untuk mengecapi kejayaan jangan ada sikap mencari kesalahan orang lain sebaliknya sama-sama bertekad mencari jalan penyelesaian terbaik.

Berucap pada sesi penggulungan Persidangan Pemuda UMNO, beliau menegaskan sikap serba tahu semua perkara juga perlu diketepikan kerana akhirnya ia tidak akan ke mana.

“Orang yang gagal tidak akan gagal sehingga dia salahkan orang lain. Contoh…Main bola kalah dia salahkan ‘team’ lawan kuat sangat… cakap jurulatih tidak bagus…cakap penyokong pun bodoh. Pengadil tidak adil maka dia tak akan menang main bola.

“Berniaga pun sama…kedai rugi dianggapnya kedai sebelah ada ‘toyol‘…salahkan pelanggan tidak pandai bezakan mana barang bagus mana barang tidak. Jika itu sikapnya dia tidak akan untung dalam berniaga namun kalau dia ubah menu dan cari kaedah kenapa tidak boleh untung insya Allah satu hari nanti dia akan dapat keuntungan.

“Begitu juga dalam konteks pelajaran…gagal disalahkan kepada guru maka selamanya dia tidak akan lulus peperiksaan. Seharusnya jadi pemimpin pun jangan salahkan orang…kalau salahkan orang kita akan jadi macam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang asyik salahkan orang…,” katanya.

Katanya lagi sebagai pemimpin perlu melihat kepada senario dan keadaan semasa dan bukannya bersikap serba tahu.

“Sebab itu untuk kita mencari kaedah dan jalan penyelesaian untuk parti kena buang perasaaan dah tahu. Walaupun saya pernah berada pada kedudukan nombor dua sebagai Naib Ketua Pemuda saya tidak boleh kata lebih tahu daripada tuan-tuan. Zaman saya beza…zaman Datuk Sharkar (wakil MT ke Perhimpunan Pemuda) lagi beza….

“Dan Datuk Sharkar tidak boleh kata dia tahu dan ada ramuan untuk menyelesaikan masalah. Sebab itu hari ini kita tidak boleh kata semua perkara kita tahu kerana nanti kita tidak akan mendengar.

“Jangan jadi ‘follower’, kena cari satu benda yang orang ikut kita. Untuk menang jangan ikut belakang orang kerana kalau ikut belakang orang sampai bila tidak akan berjaya memotong…. Sebab itu apa yang diharapkan setahun daripada sekarang kami nak tengok ikon-ikon Pemuda. Lahirkanlah…. Saya beritahu Pemuda saya di Muar… kalau bersedia dan tidak mahu lagi saya sedia berundur,” katanya lagi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.