Walaupun Bergelar Pembangkang, Tidak Bermakna Perjuangan UMNO Telah Lebur – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun kini UMNO bergelar pembangkang namun itu tidak bermakna perjuangan UMNO lebur.

Justeru jelas beliau, mahasiswa perlu berani untuk terus bersama UMNO demi kelangsungan parti keramat ini.

“UMNO adalah sebuah parti keramat dan ia bukan ditubuhkan di jalanan seperti parti lain. UMNO ditubuhkan dari perasaan inginkan penyatuan… sebab itu perjuangan UMNO bukan eksklusif.

“Jadi mahasiswa perlu berani untuk terus bersama-sama UMNO demi perjuangan agama, bangsa dan negara,” ujar beliau dalam perjumpaan tertutup pewakilan mahasiswa bersama Ahli Majlis Teringgi (MT) UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018).

Selain itu, Asyraf turut mengingatkan mahasiswa agar jangan takut untuk turut serta dalam PAU 2018 walaupun dilarang oleh pihak universiti dan penaja.

“Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah dipinda dan mahasiswa bebas untuk berpolitik… Kita boleh ambil tindakan sekiranya universiti melarang mahasiswa untuk berpolitik.

“Jadi anda semua harus berani,” tegas beliau.

Semalam, beberapa mahasiswa melahirkan rasa bimbang dan takut kerana menerima tekanan dan ‘ugutan’ daripada pihak penaja dan universiti kerana menyertai PAU 2018.

Berikutan daripada itu, beberapa mahasiswa yang telah tiba di PWTC terpaksa pulang dan membatalkan hasrat mereka untuk turut serta dalam perhimpunan kali ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.