Jom Saksikan Ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan Malam Ini di ‘Facebook Live’ UMNO Online

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Lebih kurang dua jam sahaja lagi, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 akan membuka tirainya dimulai dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada malam ini, yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu, atas rasa tanggungjawab menyampaikan maklumat yang tepat di samping bagi memberi peluang kepada semua sama ada yang hadir atau berada di mana sahaja mengikuti majlis tersebut, UMNO Online akan membawakan siaran secara langsung (Facebook Live), menyiarkan ucapan Mohamad melalui medium facebook rasmi parti, facebook.com/mediaumnomalaysia pada jam 9.15 malam ini.

Justeru, jangan lupa untuk menyaksikan siaran secara langsung tersebut yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya tentang hala tuju dan perjuangan UMNO dalam mendepani segala cabaran politik yang mendatang.

Facebook UMNO Online juga pada esok, 29 September akan menyiarkan siaran secara langsung bagi beberapa majlis dan acara, antaranya seperti upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada jam 8 pagi, ucapan dasar Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, jam 9 pagi dan ucapan penggulungan Ketua-ketua Sayap, dijangka pada jam 4 petang.

Manakala acara kemuncak iaitu ucapan Dasar Presiden disiarkan pada sebelah malamnya, jam 9 serta ucapan penggulungannya pada 30 September (Ahad), dijangka pada jam 4 petang. – Media UMNO.