Diskusi U3.0: Ikuti Kupasan Shabery Cheek, ‘Erti Kemerdekaan’ Jam 2 Petang Ini


KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Jom ikuti diskusi U3.0 bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan topik ‘Erti Kemerdekaan’ pada jam 2 petang ini.

Program bual bicara ini akan dihoskan oleh Adnan Seman bakal disiarkan secara live menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping bersama-sama untuk melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.