‘Kos Sara Hidup Meningkat’… Ikuti Kupasan Bersama Ahmad Maslan Malam Ini


KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang meracuni pemikiran rakyat bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar enam peratus menjadi penyebab harga barangan menjadi mahal.

Apabila menjadi kerajaan mereka mensifarkannya tetapi harga barangan tetap juga tidak turun hinggakan menteri kewangan menyalahkan harga sebab degil.

Bermula 1 September ini, kerajaan PH melawan arus lebih 160 buah negara menggunakan kembali cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dengan kadar yang lebih tinggi dari GST iaitu 10 peratus tambah enam peratus. Menjadi persoalan adakah harga barangan dan kos sara hidup akan menurun?

Sehubungan itu, bagi membincangkan topik berkaitan ‘Kos Sara Hidup Meningkat’, UMNO Online akan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mengupas isu berkenaan.

Diskusi 100 Hari PH Tipu itu akan dihoskan oleh Datuk Dr Nor Azizan Abdul Majid, dan boleh diikuti seacara langsung menerusi medium facebook rasmi UMNO Online pada jam 9.00 malam ini.

Netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping bersama-sama untuk melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada.

Diskusi UMNO ini adalah platform yang akan menjadi wadah kepada rakyat dalam menyuarakan apa-apa perkara berkaitan pentadbiran serta kepimpinan kerajaan PH berdasarkan kepada isu-isu semasa khususnya manifesto mereka yang masih belum tertunai. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.