Ikuti Kupasan Isu ‘FELDA: Mana Janji’ Dalam Diskusi Malam Ini
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Pakatan Harapan (PH) telah membentuk kerajaan lebih dari 100 hari namun masih banyak janji-janji mereka khususnya 10 janji utama yang dimuatkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 masih tidak tertunai termasuklah janji kepada warga peneroka FELDA.
Sehubungan itu, program Diskusi UMNO (U3.0) yang akan bersiaran malam ini bakal membawakan tajuk ‘FELDA: Mana Janji?’ dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim akan mengupas berkaitan isu tersebut.
Program Diskusi UMNO (U3.0) ini akan dihoskan oleh Datuk Dr Nor Azizan Abdul Majid, dan boleh diikuti seacara langsung menerusi medium facebook rasmi UMNO Online pada pukul 9.00 malam.
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping bersama-sama untuk melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada.
Diskusi UMNO ini adalah platform yang akan menjadi wadah kepada rakyat dalam menyuarakan apa-apa perkara berkaitan pentadbiran serta kepimpinan kerajaan PH berdasarkan kepada isu-isu semasa khususnya manifesto mereka yang masih belum tertunai. – MediaUMNO