Diskusi U3.0 : Rahman Dan Kapt (B) Rahmat Kupas Pengurusan Ekonomi Kerajaan PH
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Dua ahli panel termasuk bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta pemerhati politik, Kapt (B) Rahmat Omar bakal mengupas pengurusan ekonomi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hangat diperkatakan masyarakat umum hari ini.
Menerusi program Diskusi UMNO (U3.0) yang dihoskan oleh Datuk Dr Nor Azizan Abdul Majid, ianya bakal disiarkan secara live menerusi medium facebook rasmi UMNO Online yang akan bermula pada pukul 9.00 malam ini.
Penonton yang mengikuti program tersebut bukan sahaja dapat melihat dan mendengar kupasan terkini mengenai pengurusan ekonomi negara oleh kerajaan baharu PH pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, malah dapat melontarkan pelbagai soalan serta kemusykilan menerusi ruangan komen.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran berkenaan bagi mendengar perjalanan dan pelaksanaan dalam pengurusan ekonomi yang hari ini sedang hangat menjadi bualan masyarakat di luar sana.-MediaUMNO