Mahalnya Harga Sebuah Ego Dan Politik Dendam, Rakyat Tanggung Akibat


KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Berapakah harga akibat pembatalan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), soal Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjadikan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) sebagai kambing hitam walhal PH adalah penyebab negara kehilangan berpuluh-puluh bilion.

“Kerajaan lama akan menjadi kambing hitam tapi sebenarnya kerajaan PH dan dasarnya menyebabkan negara kehilangan berpuluh-puluh billion dan rakyat menjadi mangsa… peneroka felda,peminjam PTPTN, pegawai kerajaan, penerima BRIM, nelayan, pengguna petrol, pengguna tol semua menjadi mangsa….

“Itulah harga politik dendam dan ego…rakyat yang membayarnya,” katanya menerusi catatan dalam laman facebooknya berkaitan tindakan kerajaan terhadap pembatalan ECRL.

Katanya, projek bernilai RM46b ini sudah pun berjalan dan mencapai 20 peratus malah difahamkan pinjaman dari Exim Bank China sudah di keluarkan (dawdown) hampir RM20b.

“Pembatalan ini juga mungkin berdepan dengan tuntutan ganti rugi berbillion ringgit… dan kerja yang 20 peratus menjadi sia sia.

“Bererti kita boleh kerugian puluhan billion. Dari pertukaran GST ke SST negara sudah kehilangan RM23b… empat bulan zero GST kerajaan hilang hampir RM15b… dan jangan lupa input tax tetap di tuntut dalam tempoh tersebut….

“Kerugian dalam Khazanah… pasaran saham… pelaburan China entah berapa puluh billion lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.