Salam Aidiladha, Semoga Aidiladha Dimanfaatkan Dengan Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Presiden UMNO bersama seluruh kepimpinan UMNO mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menunaikan ibadah haji sempat memuat naik ucapan berkenaan dalam laman instagramnya.

“Salam Aidiladha 1439H kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dari saya dan isteri di tanah suci. Semoga Aidiladha kali ini dimanfaatkan dengan sebaiknya, berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT agar dikabulkan segala hajat dan permintaan kita sama ada di dunia dan di akhirat,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada 11 Ogos lalu. – MediaUMNO