Lawatan PM Ke China Gagal dan Merosakkan Hubungan Diplomatik Antara Dua Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Tiada ‘buah tangan’ besar yang dibawa balik oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari negara China sebaliknya ianya membawa kepada hubungan dua hala yang ‘masam’ dan ‘mencuka’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Katanya, apa yang dibawa balik hanya umpama RM50 yang dibelanjakan di pasaraya hari ini.

“Tidak penuh trolley, yang jelas ia hanya berkaitan Proton-Geely yang telah termetrai antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan China sebelum ini.

“Secara peribadi saya beranggapan politik konfrontasi yang dibawa oleh Tun M dalam hubungan diplomatik hari ini adalah terbawa-bawa dari perjuangannya menjatuhkan kerajaan BN sebelum PRU14.”

Kerana itu, katanya di Malaysia sekalipun Tun M kelihatan masih berlawan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun beliau sudah menjadi Perdana Menteri.

“Jika persekitaran politik Malaysia juga berubah dengan pengaruh anak muda, Tun M perlu faham bahawa hubungan diplomatik antarabangsa juga telah berubah mengikut peredaran masa,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Tun Dr Mahathir telah mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke China bermula 17 Ogos lalu yang berakhir semalam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.