100 Hari PH: 100 Hari Aku Harungi
Kehilangan kerja
Menjelang hari raya
Apakan daya
Anak isteri merana
Persiapan sederhana
Makan apa saja
Umbut kelapa
Ulam pengaga
Salah pangkah, hidup parah
Nelayan dan petani
Perlu kreatif dan berani
Nasib lama usah diulangi
Berubah demi anak isteri
Nasihat menteri ikan
Tanam nenas dan moktan
Tambah pendapatan
Hantar ke China bertan-tan
Atau ke Pakistan
Atau Gohead Gostan
Lahirlah ramai menteri
Ada pendek ada tinggi
Pilihan atuk bistari
Bahan lawak setiap hari
Pengalaman tiada
Ego setinggi pokok kelapa
Jawapan ikut suka
Ada alasan gila
Rakyat terus merana
Salah pangkah, hidup parah
Kelentong rakyat
Setiap saat
Kata kerajaan tak larat
Kewangan makin tenat
Mereka pakat-pakat
Putar radio karat
Bohong rakyat
Hidup makin melarat
Salah pangkah, hidup parah
Rakyat kini dikencingi,
Berbau hancing sana sini
Tutup hidung kain guni
Busuk tidak terperi
Terus hadapi
Merana diri
Tiada kasihani
Salah pangkah, hidup parah
Idea Salah tanam nenas
Depan belakang tiada tanah
Tanamlah sampai bernanah
Tumbuh lumut merah
Idea si Maz kasut hitam
Idea main hentam
Ibu bapa makin pitam
Jalan dah macam ketam
Inilah kerajaan baru
Salah pangkah, hidup celaru
Orang tua jadi penentu
Yang lain lidah kelu
Salah cakap jadi seteru
Hidup pasti tidak menentu
Dakap LGBT tanpa malu
Dakap komunis pejuang jitu
Hidup atas tuduhan melulu
Semua salah kerajaan lalu
Tadbir macam ulat bulu
Kena tol macam selalu
Janji kosong bertalu-talu
Buatnya tidak, asyik menipu
Memperkenalkan
KERAJAAN BARU
KERAJAAN PENIPU